Monday, 27 April 2015

Assalamualaikum and  mornik all😊😊😊

Dah masuk 5hri mumy tak dapat cakap dengan anak dara mumy si nina bobok.. Sayu rasa hati..
Pastu semalam dady anto gambo,anak dara tengah dating dgn dady di kl, di rumah dan di merata rata tempat juga port makan terbaik, kedai makan atas bukit.. Happynyer dapat tgok wajah anak syurga ni.. Tq soo much dady... Pagi ni mumy tekad nak call nina bobok sebelum dady hantar pegi school.. Anak dara angkat call and sayu hati seorang ibu bila dengar suara cilik menyebut mumy.. Nina rindu.. Nape mumy tak call lama sgt? Mumy tak rindu nina ker? Tersentuh,sentap dan all mix feeling.. Maafkan mumy sayang.. Mumy sangat sayangkan manja dunia akhirat till habis nyawa mumy dikandung badan.. Mumy tak pernah lupakan manja setiap detik setiap nafas mumy.. Manja selalu dalam doa mumy siang malam pagi petang.. Mumy sygggg manja sangat sangat... Maafkan mumy selalu tinggalkan manja.. Mumy nak manja tahu walaupun mumy jauh dari manja, mumy serahkan segalanya pada Allah, mumy tahu Allah jaga manja dan dady untuk mumy..
Mungkin mumy bukan ibu terhebat untuk manja tapi percayalah mumy selalu mencuba dan berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik yang dapat membahagiakan manja dan dady selagi mumy bernyawa.. Bila manja besar nanti, manja akan faham segalanya.. Maafkan mumy anakku hanina batrisyia ahmad nawawi.. πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜–πŸ˜–
I love you soooo much till the end of my life.. Moga Allah melindungi,memberkati dan merahmati keluarga kita selamanya...



kat Airport VIP lounge Malaysia.. Nak terbang dengan dady.. Jejalan katanya..

Di kedai Nasir Bistro, makan nasi lemak favourate nina bobok..

Kat KFC di  Pertama complex.. Pas melepak dengan dady malam minggu..
 
Dalam keta dady nak gi surau berjemaah solat maghrib dan isya..
 

Kat umah Onny Rossa selepas balik dari masjid dengan dady after isya..
 
kat umah tok aki di TTDI KL, masa kenduri bertunang acik dilla.. Red Velvat brought by makchu and ayahchu special design dari Taman Melati.. :) cam sedappp jer..


Kat umah asik bermanja dengan dady setiap kali mumy call.. adusss jelly mumy tawww!!
 
kat  Sogo berdating dengan dady lerr...
 

Samalah kat Sogo jugak.. nampak tak anak dara pakai kasut apa? Hi heel tuh!!!
 suke nau melepak kat KL dengan dady dia.. :)
 

Ni kat kedai makan atas bukit.. memang terangkat makanan kat situ.. lepas habis tuition kata dady..
 
nilah char kuew teow nyer.. kan main banyakkk udang nyer kann..nampak sodap yo!!..

baru balik solat Asar di surau dengan dady.. muke lapo. tu yang dady bawak gi makan kat taman medan.. huhuhuhu


No comments:

Post a Comment